Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Persekutuan Rusia, Vladimir Putin berkata bahawa kesatuan ekonomi serantau yang bersifat eksklusif tidak sepatutnya wujud. Beliau juga berkata mana-mana blok ekonomi perlu mematuhi beberapa siri undang-undang universal dalam mengatur rangka kerja mereka. Kenyataan dibuat oleh Putin di persidangan Kerja sama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Lima, Peru.
"Menurut pandangan saya, jikalau kita ingin memiliki pengaruh di dalam ekonomi global, kesatuan eksklusif tidak sepatutnya wujud. Jikalau kesatuan semacam ini dibina maka perkara itu tidak akan mendatangkan kebaikan kepada ekonomi dan perdagangan global," kata beliau kepada para wartawan.
Presiden Rusia tersebut mengkritik perjanjian perdagangan bebas di antara A.S dan E.U yang dikenali sebagai TTIP sambil berkata bahawa hanya perdagangan yang mematuhi undang-undang universal sahaja yang akan mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi dunia.
21 November 2016 - 06:59
News ID: 793214
Presiden Persekutuan Rusia, Vladimir Putin berkata bahawa kesatuan ekonomi serantau yang bersifat eksklusif tidak sepatutnya wujud.